Sunday, February 16, 2014

Taubat yg diterima Allah

ASSALAMUALAIKUM

ingin aku kongsikan sedikit sebanyak taubat. almaklumlah, bila digelar suri rumah aka penganggur yg berjaya setelah tamatnya SPM, kini aku rajin selalu pergi ke ijtima', usrah, program ceramah, tazkirah, pengisian, bersama umi & ayah aku. Alhamdulillah, banyak yg aku dapat tapi aku tak mampu menyampaikan melalui lisan. hanya mampu menulis sahaja. diri ini masih belum kuat utk menyampaikan di khalayak ramai.

bukan aku nak bangga, riak or menunjuk tapi apa salahnya kita kongsi ilmu yg kita dapat kan?

Bismillah :)

sebagai manusia, kita memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan & kesilapan kerana lahirnya kita ke dunia ini disertakan dgn nasfu yg berada dlm diri kita. memang nafsu sering mengajak ke arah kejahatan. ditambah lagi dgn syaitan yg sudah berjanji utk menyesatkan semua umat manusia utk dijadikan temannya di dlm neraka kelak.

namun, Allah tetap memberi ruang & peluang kpd hambaNya utk menghapuskan dosa dgn bertaubat. Allah telah berfirman :

"Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yg bertaubat & menyucikan dirinya"
al-Baqarah : 222



sebenarnya Allah menerima taubat dari semua org kerana Dia bersifat Maha Penyayang, Maha Pemaaf & Maha Penerima Taubat.

ulama-ulama ada menunjukkan cara bagaimana yg dikatakan bertaubat & taubat siapa yg diterima oleh Allah. syarat-syarat taubat yg digariskan oleh ulama ialah :


- menyesal atas kesalahan yg dibuat
- berusaha meninggalkan kesalahan yg dibuat secara perlahan-lahan
- berazam tidak akan mengulanginya
- kalau kesalahan yg kita buat tu kat org, kita kena minta maaf kat dia



selain tu, sbg bukti kesungguhan kita utk berubah, marilah kita sama-sama solat sunat taubat.
solat sunat taubat ni tau kan berapa rakkat? 2 rakaat jea. tak berat pun :) 

selepas bagi salam, kita berteleku kat atas sejadah & istghfar sebyk 100 kali. banyakkan berdoa kpd Allah, mohon keampunan dgn bersungguh-sungguh di atas segala kesalahan yg dilakukan. selalu org ckp tak reti lah doa sbb kena doa dlm bahasa arab. eh sapa cakap? bahasa melayu pun Allah terima tau. tak kisah la bahasa apapun janji doa yg kita minta tu kita faham. sesungguhnya Allah yg bersifat Al-Amin sgt mengetahui setiap apa yg kita pohon.

org yg ingin menyucikan hatinya dgn Allah akan berusaha buat solat sunat taubat tiap hari tak kira siang atau malam. malah, lebih baik sekiranya kita mulakan solat taubat dulu sebelum buat solat sunat yg lain. solat ini salah satu penawar gundah gulana terhadap masalah yg kita hadapi setiap hari. 

yakin lah Allah akan membuka pintu keberkatannya satu demi satu kpd org2 yg bersungguh-sungguh mahu mendampingiNya. insyaAllah :')