Thursday, February 20, 2014

Solehah

"Abang minta izin utk menikah seorg lagi"

Maria yg sedang melipat kain, terdiam seketika. agak terkedu. adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yg kian beranjak. adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dlm TV, sementelah TV juga terpasang. tapi, ah bukanlah. TV sedang menayangkan iklan syampu mustahil sudah ada siri baru iklan itu? 

dia menghela nafas panjang. dia memandang sekali imbas wajah Jeffri Mukhriz, kemudian tersenyum. meletakkan kain yg telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. langkahnya diatur tenang. segelas air sejuk diteguk perlahan.

kemudian dia ke bilik Zahra & Madina. rutin hariannya menjenguk puterinya sebelum masuk tidur. kemudian dia menjenguk bilik putera bujangnya Hafiz & Ramidi. amalan ini sudah menjadi rutin semenjak putera & puterinya masih kecil lagi. bermula dgn solat berjemaah, suaminya akan memegang rotan kecil memerhati & memeriksa bacaan muqaddam anak-anak. kini, anak-anak mereka kian beranjank remaja. telatah suaminya kian sukar utk ditelah. bukan dia tidak berasa perubahan agak ketara sikap suaminya. tetapi, sbg isteri & pendamping suaminya selama 25 tahun, dia tidak akan mudah melatah. 

penghabisan rutin dia kembali kpd suaminya. menghadap suaminya dgn wajah penuh kasih sayang. riak cemburu atau rasa amarah sukar utk dicari pada seraut wajahnya itu. Maria merenung wajah suaminya. sementelah suaminya menunduk, lagaknya spt org menanti hukuman.

"sudah ada kah calonnya?"
angguk.
Maria menghela nafas.
"berikan Maria masa"
riak wajah sang suami tergambar ceria. wajah isteri tetap juga manis.

Maria adalah ikon isteri solehah. meski berlatar belakang mereka berbeza, namun mereka berada dlm jemaah yg sama. kesanggupan Maria utk bersusah-payah menguruskan rumah tangga membuatkan dirinya tidak terpandang wanita lain. atas kesungguhan & dorongan Maria, dia mula mengatur langkah demi langkah. menyambung pengajian demi keluarga. akhirnya kini dia sudah berjawatan Akauntan Kanan di salah sebuah kementerian. semuanya atas pengorbanan isterinya.

namun, kehadiran Sabrina, gadis genit yg yg menjawat jawatan Pembantu Tadbir di jabatannya benar-benar membuatkn dia tidak tentu arah hidup. malamnya kini ditemani mimpi-mimpi indah bersama Sabrina.

"kau mampu Jeffri. gaji kau pun masih ada lebihnya kalau dibahagi dua nanti."

sokongan Zuhdi, teman sepejabatnya menguatkan lagi hujah utk dia berdepan dgn Maria.

"abang Jeffri, Rina sanggup bermadu jika itu yg ditakdirkan. bimbinglah Rina, Rina perlukan seseorg yg mampu memimpin Rina." masih terngiang-ngiang bicara lunak Sabrina.

sungguh, saat ini akalnya tidak mampu menilai antara bicara menggoda dgn bicara penuh kejujuran.

akhir-akhir ini, panas punggung dia di rumah. pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap utk ke pejabat. tidak spt kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri & anak-anak.

"abang, Maria setuju dgn permintaan abg. tapi, Maria nak berjumpa dgn wanita itu."

lembut & tenang sayup-sayup suara isterinya. dia tahu, Maria bukan seorg yg panas baran. Maria terlalu baik. tetapi jiwanya seakan bernyanyi lagu muda, matanya kini sedang mengilai wanita yg jauh lebih muda.

"bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Maria selama satu hari, boleh?"

pelik benar permintaan isterinya. hendak diapa-apakan buah hatinya itu?

namun, tanpa sedar dia mengangguk, tanda setuju. sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yg bersifat keburukan.

"apa! nak suruh Rina jumpa dgn isteri abg?" terjegil bulat mata Rina.

"Kak Maria yg minta," masih lembut memujuk Rina.

"biar betul, apa dia nak buat dgn Sabrina?"

"takutlah Rina, silap haribulan dia bunuh Sabrina?" terkejut Jeffri Mukhriz.

"percayalah Rina, Maria bukan macam itu orgnya. abg sudah lama hidup dgnnya. abg faham perangainya."

langsung dia tidak terkesan akan sikap Sabrina yg merona marah. langsung hilang kelembutan menggodanya itu.

Sabrina mengalih pandangannya. mahu apakah bakal madu berjumpa dgnnya? dia sering digosokkan dgn pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

heh, ini Sabrina lah. jgn harap jika nak membuli aku. desis hati kecil Sabrina