Thursday, February 13, 2014

Iman adalah Mutiara

Assalamualaikum. buka majlis kita dgn al-fatihah. selawat & salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. 


dengan lafaz bismillah, saya memulakan sedikit coretan hati :')



IMAN. apa khabar iman kita hari ini? stabil? menurun atau menaik? 

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan olehNya utk menghirup udara bumi yg kian tercemar dgn pelbagai bentuk polusi & maksiat. dan syukur juga kerana kita dihidupkan dgn kenikmatan Iman & Islam. namun, kita juga seharusnya bersyukur kerana dalam kebejatan akhlak umat islam pada hari ini, masih ada kelompok yg membenci kemungkaran biarpun mungkin hanya mampu membenci dgn hati.

sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa di kalangan kamu yg melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dgn tangannya, sekiranya tidak mampu maka dgn lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dgn hatinya. itu adalah selemah2 iman." (Riwayat Muslim)

kita tengok hadith tu & nilai diri kita macam mana. kat mana kedudukan tahap keimanan kita? 

atau mungkin ada yg bagi alasan, "sekurang-kurangnya aku masih ada iman kerana benci di hati?" betul tu tapi tak semua org mampu utk mencegah kemungkaran macam mana dlm hadith tu tapi cukup kah kita selesa dgn itu?

tidakkah kita berasa bimbang dgn keselesaan itu lama kelamaan akan hilang 'rasa' kerana sudah jadi biasa? tidak bimbangkah kita sebagaimana yg diungkapkan oleh Ibnu Mas'ud, "binasalah org yg tidak mengenali hatinya yg mana makruf & yg mana mungkar"

lalu bagaimana kita ingin meraih cinta Rasul jika kita sering mengambil yg paling mudah daripada saranan Baginda. sedangkan dlm kehidupan seharian kita umpamanya dlm kerjaya, kita usaha bersungguh2, lakukan yg terbaik utk mendpt keputusan yg cemerlang.

lalu kalau nanti kita tidak dipandang Baginda, tentu saja wajar bukan? kerana kecintaan kita terhadap Baginda ibarat suam-suam kuku. layakkah kita meraih kecintaan Baginda yg akan membawa ke gerbang syurga?

tepuk dada tanya iman :)