Saturday, February 22, 2014

antara cinta & cita-cita

suara Cikgu Ihsan yg sedang mengajar tidak aku hiraukan. sesekali kedengaran suara rakan-rakan sekelas ketawa. mungkin kerana jenaka yg ditimbulkan oleh Cikgu Ihsan. aku terus melemparkan pandangan ke luar. dedaun hijau kelihatan segar. tika itu, terfikir olehku akan ungkapan kau masih hijau & mentah yg pernah dilafazkan oleh ibu kpd aku. barangkali maksud ibu aku masih 'hijau' & 'mentah' dlm soal hidup.

"Farah, sila berdiri," suara Cikgu Ihsan tiba-tiba mematikan khalayanku.

aku menoleh ke arahnya. dlm pada itu, semua rakan sekelas turut memandang aku.

"ya, cikgu. ada apa?" suaraku agak tersekat-sekat. Cikgu Ihsan merenung tajam mataku. marahkah Cikgu Ihsan? entahlah. aku harap beliau tidak marah.

"awak buat apa tadi? mengelamun ya." Cikgu Ihsan menyoalku.

"tak ada apa-apa cikgu. sa..sa..sa..," jawabku gugup.

"sa..sa apa? sayur?! awak nak makan sayur?" dgn pantas Cikgu Ihsan memotong percakapan aku yg tersekat-sekat ketika itu. rakan-rakan sekelas ketawa berdekah-dekah.

"saya tak buat apa-apa cikgu," jawab aku dgn pantas.

"awak ada dengar penerangan saya tadi?" soal Cikgu Ihsan lagi.

"maaf cikgu, saya tak berapa dengar tadi," ujar aku dgn nada seakan-akan meminta simpati daripada beliau.

"apa maksud awak telinga awak tersumbat ek?" Cikgu Ihsan berseloroh. sekali lagi kelas Tingkatan 5 Sains 2 bergemuruh akibat deraian ketawa. 

aku ingin membalas kata-kata Cikgu Ihsan tetapi sebelum sempat aku berbuat sedemikian, loceng berbunyi menandakan waktu mata pelajaran Bahasa Melayu sudah tamat. kami semua berdiri mengucapkan terima kasih kpd Cikgu Ihsan.

Amira yg duduk di sebelah, mencuit bahu aku. dia tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"eh, kau kenapa tadi Farah?" dia menyoal aku.

"Mira, aku tak ada apa-apa lah. jangan risau." jawab aku.

seminit kemudian, Cikgu Amri masuk. kami semua berdiri lalu mengucapkan salam. sepanjang kelas Fizik bermula, aku mula menumpukan sepenuh perhatian. aku tidak mahu peristiwa tadi berulang lagi. malu dibuatnya. 

loceng waktu balik kedengaran. itulah saat-saat yg ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. ceria sungguh wajah mereka. aku berjalan di sisi Amira.  Aqis berlari-lari anak mendapatkan kami. kepanasan matahari seakan-akan menggigit kulit. 

sedang aku asyik berbual dgn Amira & Aqis, tiba-tiba seorg budak lelaki datang memanggil namaku. aku berhenti melangkah.

"Farah, ada org bagi surat utk kau," kata budak lelaki tersebut.

"siapa yg bagi?" soalku.

"rahsia. bacalah sendiri." jawab budak lelaki itu.

pada mulanya aku tidak mahu mengambil surat itu. tetapi setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya aku mengambilnya. entah siapalah yg tiba-tiba menulis surat kpd aku.

*************
tiga hari kemudian, kelihatan Amira tergesa-gesa mendapatkan aku. dari jauh lagi aku sudah dapat melihat dia tersengih-sengih. mesti ada sesuatu yg istimewa.

"Farah, kau mesti belanja aku harini." pinta Amira.

"kenapa pulak?" tanyaku selamba.

Amira mengeluarkan sepucuk surat dari dlm sakunya. surat itu dhulurkannya kpd aku. 

"ada seorg pelajar minat pada kau. dia minta aku beri surat ni. mungkin org yg sama bagi surat ni pada kau dulu agaknya." terang Amira kehairanan.

dia atas sampul surat itu tertulis namaku. surat itu ku buka. mujurlah ketika itu waktu rehat. kebanyakan pelajar berada di luar kelas. aku mula membaca. aku terdiam sebaik sahaja membaca surat itu. Amira yg sejak tadi menatap wajahku tidak ku hiraukan. dia menepuk bahuku.

"eh, apa yg tulis dlm surat tu Farah?" tanya Amira ingin tahu.

"kau baca sendiri lah Mira," balasku malas.

aku perlu bersemuka dgn Khairi. dia perlu disedarkan. aku tidak mahu perkara ini menggannggu prestasi akademik aku. aku perlu berindak segera.

"wah, bertuahnya kau Farah. Khairi terpikat dgn kau," usik Amira.

"bertuah kau kata. ini bala besar namanya," kataku pula.

"kenapa pula jadi bala. kau tau tak, ramai student perempuan minat dia. ini peluang kau," ujar Amira seperti tidak setuju.

"dengar sini Mira. kita ni masih pelajar. banyak lagi perkara penting yg harus diutamakan. ini bukan masanya utk berkasih-kasihan. ish, tak ingin aku," balasku serius.

"tapi, kau tak menyesal nanti?" tanya Amira lagi.

"menyesal? kalau kau nk sangat, kau ambillah dia," ujarku agam marah.

Amira mencubit lenganku. aku ketawa melihatnya. surat itu ku simpan di dlm beg. pelajar-pelajar lain mulai masuk ke kelas. aku & Amira tidak sempat ke kantin kerana waktu rehat sudah tamat. sebaik sahaja Cikgu Ihsan masuk, keriuhan di dlm kelas terhenti. semua pelajar duduk di tempat masing-masing. sebelum memulakan pelajaran, beliau sempat mengingatkan aku supaya jangan lagi berangan ketika dia sedang mengajar.

aku buat tak kisah. hari ni Cikgu Ihsan mengajar tentang puisi. kebetulan pula puisi tersebut bertemakan percintaan remaja di bangku sekolah. Amira menjeling aku. melihat pada senyumannya, aku tahu dia sengaja mengingatkan aku tentang surat Khairi tadi. perbincangan tentang tema puisi itu agak hangat. suasana tambah gawat apabila Remy, rakan sekelasku mengemukakan idea & pendapatnya yg membuatkan kami ketawa.

"macam mana pula dgn pendapat kamu Farah?" soal Cikgu Ihsan.

"entahlah cikgu, saya tak ada pengalaman tantang itu," jawabku selamba.

kelas kami berakhir setelah loceng waktu balik kedengaran.

************

keesokannya dgn khidmat Amira, aku dpt bersemuka dgn Khairi. ketika aku melangkah masuk ke perpustakaan petang itu, aku lihat Khairi sedang duduk bersendirian. Amira yg menemani aku, mengambil tempat duduk di sudut akhbar. jam di dinding menunjukkan pukul 3 petang. aku menghampiri Khairi dgn tenang. dia msih tidak menyedari kehadiranku.

"ehem, syoknya membaca. tak sedar aku datang," Farah memulakan bicara.

"oh, Farah rupanya. ma..ma..maafkan aku. silakan duduk," ujar Khairi gugup.

"dah lama tunggu? maaf ya kalau aku terlambat," balasku selamba.

"tak juga. emmm... macam mana persoalan aku tempoh hari?" soal Khairi tiba-tiba.

aku tidak terus menjawab. aku menarik nafas dalam-dalam agar dptku terangkan kpd Khairi dgn tenang. ku ingat kembali kata-kata yg telah ku karang utk diucapkan kpdnya.

"Khairi, terlebih dulu aku minta maaf. aku harap kau dpt menerima segala yg akan aku katakan nanti dgn hati yg lapang & fikiran yg rasional. sbg pelajar, kau harus menerima dgn waras. jgnlah menurut kata naksu semata," ujarku.

"tapi Farah, aku amat mengharapkan balasan kasih drpd kau," balas Khairi perlahan.

"Khairi, aku sudah katakan tadi, kau harus terima hakikat dgn hati yg terbuka. insan seusia kita tidak wajar memikirkan soal cinta. banyak lagi perkara yg perlu kita utamakan. perkara yg  membawa faedah demi masa depan kita. aku tak nak kecewakan diri aku & keluarga semata-mata kerana soal cinta monyet ini. kau harus faham Khairi. maafkan aku," ujarku panjang lebar.

Khairi tunduk memandang meja. dia membisu. mungkin hatinya hancur luluh. walau sepahit hempedu sekalipun, Khairi mesti menelan kenyataan itu.

"Farah, aku kagum dgn pendirian kau. aku sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa. betapa lemahnya aku sbg seorg lelaki yg hanya menurutkan rasa hati sahaja," ungkap Khairi reda.

"kita masih hijau & mentah dlm soal hidup. semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa hidup inibyk cabarannya. jika kita tersilap langkah pada peringkat permulaan, mungkin kita akan kecewa selama-lamanya," aku menasihatinya dgn nada memujuk.

"Farah, walaupun niat aku tu tidak terlaksana, aku harap kita masih bersahabat ya," ujar Khairi masih mengharap.

"ya, sudah tentu," jawabku pendek.

bibirku mrengukir senyuman. Khairi turut tersenyum. senyuman yg menandakan terlerainya kekusutan di kepala kami berdua. aku menoleh ke arah Amira yg setia menunggu. dia kelihatan gembira melihat aku tersenyum. 

"antara cinta & cita-cita, aku memilih cita-cita," itulah kata-kata terakhirku sbg mengakhiri perbualanku dgn Khairi.