Tuesday, June 4, 2013

Happy Holiday :)

assalamualaikum awak! cuti penggal kembali lagi. saya nak kongsi pengalaman manis saya cuti kali ni. actually nak story awal2 kat hampa tapi masa tidak mengizinkan kita bertemu. almaklumlah sibuk sikit. ahahaha. 28 mei sampai 30 mei 2013 iaitu hari selasa sampai khamis aku pegi satu kem yg diberi nama KAhFI. maksudnya Kem Asah Fakulti Insan. kem ny khusus utk yg pernah join kem haluan, tak kira la KMK or apa2 lah. muka aku ny muka suka pegi kem >< KMK, KAhFI, ProCAST semua tuu aku penah pegi. dari aku darjah 6 lagi. awesome :P okay okay. melalut pi mana dah ny? aduhhh.


firstly, dengar kem ny buat dekat putri ayu resort, yan. hmm. macam best sebab ada resort la kan. tengok tentatif tuu ada daki gunung jerai. waaaaa. mesti best kan dah la tak penah naek lagi. gunung tuuu. ahahaha. pagi tuuu alhamdulillah sampai sana. tengok tempat. subhanallah. cantik sangat walaupun dalam hutan. ada swimming pool, sungai, resort, chalet, surau, semua lengkap melengkapi :D selesai daftar macam biasa la ada ice breaking, team building. best jugak. kesian kat aku weh. tak dak memba. derek jaa. dulu pung centu gak. nasib la weh. tapi bila pikir2 balik, syok jugak tak dak memba. kita tak payah harap kat memba kita kan. hmmm. sekolah aku yg pegi aku sorang jaa. budak laki hazim. tak pa. hahaha. lepas zohor kami ada explorace tentang Islam Adalah Penyelesaian. not bad laaa. banyak yg aku dapat setiap checkpoint. Alhamdulillah aku dapat ahli kumpulan yg awesome (Y) akulah ketuanya :D dapat tempat tidur pun awesome. tido dalam chalet yg diberi nama RAMBUTAN. ahahaha. first day ny just biasa2 jaaa. nak kenal2. okay habis. next







hari kedua. yg ditunggu2. yeeeaaaayyyy. naek gunung! hip hip hoorrraaayyyy. pagi tuuu ada shooting jap then buat persiapan then bertolak. perjalanan dari resort ke sana lama jugak. sebelum naek gunung kami naek tangga kenari dulu. Ya Allah haih. penat sangat tak tau nak cakap gena. kalau boleh terbang dah lama aku terbang balik. perempuan depan, laki belakang. laki memang banyak sabaq la dengan perempuan. biasa lah kan. penat la, sakit kaki lah, sakit pinggang lah, sesak nafas lah, semput lah, macam2 betol perempuan ny. Alhamdulillah tak tinggi sangat. ala kadar jaa. kuatkan semangat. apa kata orang, life must go on. ada baiknya jugak. dapat melatih kita. macam kita hiduplah, walau penat macam mana sekalipun, kena teruskan jugak. nak patah balik tak guna dah kan. okay, aku teruskan jugak sampai stop kat checkpoint pertama. rehat kejap then bagi hadis. and now tak payah naek tangga dah. kita dah start nak daki gunung. hehehe. kalau ikutkan hati nak ja turun tapi tak pa, belum cuba belum tahu. kali ny laki yg jalan dulu. orang laki ny memang kuat kan. laju betol depa. Allah bagi depa kekuatan yg tak dak kat perempuan. hmmm. daki tuuu lama sangat2 laaa. lebih dari 5 jam. boleh sampai KL dah ny. huhu. aku nak cerita tapi aduhhh. malas nak menaip ahh. aku cerita ringkas je la eh. budak laki dah sampai lama kat puncak gunung jerai tuu. perempuan jaa yg lambat.nak rehat laa, minum ayaq la. macam2 laa. bila dah sampai tuuu bersyukur tak terhingga sangat2. sampai2 tuu terus cari ayaq nak minum. last2 minum ayaq paip. hahaha. rehat sat kat atas tuu, makan, then shooting sat then go back to resort. malam tuuu kena buat persembahan pulok. penat penat penat. hmmm. 




hari ketiga. last da. ooohhhhh. sedih sangat :( pagi tuu ada gotong royong, kemas2 bilik, kemas barang then ada kalimah akhirah. ucapan dari wakil peserta laki & perempuan. wakil laki tuu cute. ahahaha. kem KAhFI ny ada trademark baru yg diberi oleh boboy capital aka megat iaitu aaauuuummmmm :D ahahaha. cute jaaaa dy sebut. walau apa pun, boleh jadi satu kenangan yg manis yg aku tak boleh lupakan. aku rasa ny entry yg last dari aku. minggu depan aku kena balik hostel tercinta pulak. nak hadapi hidup kat sana. nak belajar kat sana. aku nak SPM. doakan aku yaaa :) aku minta maaf kalau ada buat salah or terlepas cakap ka apa2 ka okay. assalamualaikum sayang :)