Friday, July 26, 2013

ting tong! ada pesanan utk awak. bila nak update ni? lama tak baca awak punya story. eh eh minta maaf ye saya busy sesgt. ceewwwaaaahhhh dah macam org yg dah kerja. ahaha. maklumla belajar kan. hihihi. kalau nak story pun kena tunggu cerita best-best yg aku lalui dulu. then aku gabung-gabung pastu jadikan satu cerita. okay. aku dah ada banyak benda nak share hanya sekadar utk dibaca, aku mula eah :)

last entry aku pasal pegi kem kan? hmmm tuu masa cuti dua minggu yg lalu. dah lama pun lepas. boring aih nak baca byk kali. lepas cuti dua minggu tugas aku sebagai pelajar asrama 'PENUH' semestinya wajib kembali ke pangkuan asrama aku tuuu. Alhamdulillah aku selamat sampai MATRI dgn tenang. hikhik. lepas seminggu aku jalani kehidupan kat sana, Allah memang saangkan budak MATRI. Allah uji kami dengan ketiadaan ayaq 3 hari tawuu. tapi Allah bukan uji MATRI saja, satu perlis tadak ayaq. huuuuu. macam mana nak buat tuuu erk? Alhamdulillah hari khamis tuu hujan lebat. sejuk la jugak dan 2 hari aku tak mandi. eeeuuuuwwww. busuk weh. tak tahan. hihihi. tapi hari jumaat tuuu warden bagi budak perlis, kedah & penang boleh balik. yg tinggal kat asrama just budak yg jauh-jauh ja. tapi aku tak balik sebab baru seminggu jaaa balik. hmm. nak jimat duit kan. so, aku balik rumah asma! hihi. best balik rumah dia. hari sabtu petang tuu kami jalan-jalan kat jitra sampai malam kot. haha. lepas tuuu, Alhamdulillah MATRI dah ada ayaq.


btw, lagi 3 minggu nak masuk Bulan Ramadhan :) kejap sgt rasa hidup kat dunia. makin lama makin besar. hmmm. 2 minggu sebelum nak masuk Ramadhan, MATRI ada buat program iaitu Ihya' Ramadhan. then lepas seminggu tuu form 5 ada bengkel utk SPM. ohh tidakk! dapat banyak input yg aku tak tau. hihi.


 

esok puasa yeaeaayyyy!! tapi kan, tahun ni tak berapa rasa nak puasa. tak bersedia lagi. huhuhu. dan awak tahu tak, minggu depan 17 julai aku TRIAL! ohhh tidakkk. malam jumaat tuuu ada org sedekah durian. aku yg dari dorm paras 3 lari dengan sekuat hati sebab nak makan durian jaaa. melantak banyak sangat durian. habis 1 bukan ambik lagi 1 tapi 2 3 buah durian. banyak sangat aku makan malam tuuu. esoknyaaa pulak, aku balik rumah kawan akuu, tiba2 selsema pulak. sabtu tuu batuk + selsema. ahad tuu aku dah rasa badan aku panas. nah esoknya hari lahir aku & aku pulak demam panas. haaacccuuummmm! tak tahan. dah la tengah puasa. hmmm. tak pa, Allah jaga aku. birthday aku tahun ni sedih. huuhu. maklumlah dah tua mana ada org nak ingat birthday bila. tak pa lah. hmmm. tapi tak pa, abang-abang & kakak-kakak aku dapat buat aku happy. terima kasih :* eh sebelum tuuu, 1 julai berlakunya peperangan ukhuwah. hmmm. sedih pun ada. nak puasa & exam gaduh-gaduh pulak. tapi apa yg tyrut cakap kat aku tuu ada betul jugak dia cakap 'kadang-kadang dengan pergaduhan tuu yg akan SWEETkan hubungan sesama kawan' hmmm. selesai jaaa kes ni beberapa hari lepas tuu keadaan tiba-tiba kembali pulih. semua dah kembali ke asal. jadi macam dulu? hmmm biasa-biasa saja.tapi bersyukur sangat dapat settle dengan baek :)




rabu tuu aku TRIAL. hmmm. Alhamdulillah paper BM jaa. tak lah berat sangat. ceewwaaahhh bajet dpt A tuuu. hmmm. belah sana cakap result TRIAL ni SIFAR GAGAL. hg dengaq dak depa habaq apa? takkan dak paham kot? depa tak mau ada yg gagal. errkkk. sejak result mid year, depa banyak berubah. dah rajin belajar. ohhh cemburunyaa. khamis paper BI & PQ. ish ish. sakit otak. jumaat pulak SJ. lagi sakit otak. eh, minggu ni aku tak balik lah. study je banyak. dan sempat pulak bergambar guna hanset pica .


isnin minggu depan BA. hmmm. aku tak tau laa dengan BA ni. masih tak boleh-boleh pasaipa tak tau. pelik sangat. selasa pulak PSI. paper 1 senang laa jugak. paper 2 not bad laaa. rabu tuu MT. MT aku dapat tangkap pulak. dulu zaman gigi tak tumbuh lagi tuu punya tak suka la MT. tapi pro jugak sikit-sikit. khamis tadak exam. eh, boleh pulang ke kampung laaa. hmmm. memang banyak sabar betul hari ni. ramai sangat org balik. hmm. aku sampai kangar pukul 2 pastu adik aku nak pi cc pulak. hmm. bas 2.30 then terpaksa tukar naek pukul 3.15 tapi terlepas sebab terlalu taksub sangat dengan internet tuu sampai tertinggal bas. hmmm. then ingat nak naek bas ekspress pastu kami jalan laaa pegi stesen bas ekspress. tanya pak cik tuu rupa-rupanya tadak. terpaksa naek teksi pegi shahab perdana. sampai shahab, Ya Allah ramainya manusia. tak terkira. 3 bas terlepas sebab penuh sangat. pastu dapat jugak naek bas. dan aku dah selamat sampai ke pangkuan umi & ayah yg tersayang. hihihi. terima kasih Allah :)