Monday, February 11, 2013


kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita,
Allah jarakkan kita dengan dia,
untuk uji kita masihkah kita sayang pada yg mengurniakan sayang itu,
masihkah kita sayang pada yg menganugerahkan rasa sayang itu?
dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
untuk sedarkan kita..
bahawa ada Dia yg perlu kita lebih sayangi,
lebih dari segala-galanya.

dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yg tidak kita hargai,
saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
itu bukan untuk menghukum kita,
tapi untuk memberi pengajaran,
bahawa apabila kita tak mahu menyanyangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih
daripada yg kita mahu lakukan.