Wednesday, October 31, 2012

Penghujung form 4

pejam celik dah sampai hujung tahun. rasa baru macam ja lahir. lagi 2 bulan tamatlah aq sebagai tingkatan 4 & akan melangkah ke tingkatan 5. apa yg diazamkan waktu awal tahun dulu tercapai dak? apa yg aq azamkan dulu dapat capai sikit ja. huwaaaa :( tak mau jadi form 5! takot nak SPM! nanti mesti kena jadi matang kan? tak boleh nak huha huha mcm skrang lagi. kena pikiaq sendiri. kena pikiaq masa depan. argh!! tak mau jadi matang. tak suka :'(

apa2 pun hidup mesti kena teruskan jugak walau apa pun yg terjadi. btw, sejak awal tahun aq jejak kaki ke alam yg baru, ke dunia yg baru, ke sekolah yg baru, untuk mentarbiyahkan diri aq utk jadi diri aq yg sebenar. aq nekad nak berubah. aq tak mau jadi macam dulu lagi. nak berubah sebaik yg mungkin. banyak suka & duka aq lalui kat matri. macam tak sangka aq dah menetap kat matri genap setahun. kalau aq nak cerita dari A ke Z sampai bila nak habis kan. huhu. setengah orang bila pindah sekolah baru mesti akan rindu sekolah yg lama kan? hmm. tapi bagi aq, rindu tuu semestinya. tapi kalau kita rindu depa, depa rindu kita ka? kalau aq rindu depa, hanya mampu berdoa jaa. hmm.

kat sini aq banyak belajar benda yg baru. macamna nak urus diri, basuh baju sendiri, barang2 jaga sendiri, nak makan, semua benda kita yg kena buat. tak boleh bergantung kat mak ayah dah. depa duk jauh dari kita. bila mak ayah tak nampak depan mata, baru rasa rindu. dulu, rindu pun tak ar weh! haha. sekarang baru rasa apa erti rindu yg sebenarnya. ada satu pengalaman yg aq tak boleh lupa sampai sekarang. pengalaman naik bas dengan adik aq. pergh!! gempak weh! syiok punya! rasa macam boleh pi mana saja. haha. rasa la diri ni matang sikit. hmm

pengalaman dapat kenai dengan orang yg baru memang menyeronokan.  dapat tahu macamna perangai depa. kat matri, macam2 orang aq jumpa. dari negeri2 yg berlainan. cakap pun lain. ada yg KL, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Thailand, Indon, India, Kelantan, Kemboja. dah macam sekolah international aq rasa. ceish! haha. yg paling best, kelas tak campur dengan laki. owh! amannya :) rasa dunia ni aq yg punya. nak buat apa saja pun boleh. tak payah nak control2 ayu laa weh! menyampah! hehehe. subjek kat sini not bad laa. tak beban macam islah. islah dah macam U pun ada. subjek banyak oo. aq tak mampu. huhu. kat sini ada subjek pilihan. boleh go laa jugak. tapi yg tak boleh go lagi, SJ & MT. aduh! dua subjek yg membunuh aq doh! huh! tak boleh tak boleh!

apa ha nak cita kat hampa? hmmm. nak cita pengalaman? banyak laaa. tak tau nak cita mana satu. huhu. pengalaman pegi kem kat perak amat mengembirakan. syok. dapat kenal diri kita macamana. pengalaman duk asrama. memang best, duk asrama tak macam duk rumah. lain sangat. duk asrama masa tak la terbuang sangat. boleh la isi dengan aktiviti sikit. duk rumah keja tengok tv, makan, tidoq. huhu. hmmm. tiba2 rasa rindu pulak kat depa :(