Saturday, March 22, 2014

pertemuan terakhir

Assalamualaikum. ladies and gentlemen. boys and girls. harini kita nak cerita pasal .......


setelah sekian lama dinanti. tamatnya SPM dulu confirm ramai yg akan fikir

"3 bulan cuti. nak buat apa"
"lamanya cuti confirm ah bosan"
"lepas SPM nanti aku nak buat bla.. bla.."
"PLKN 3 bulan? pergh. lama woi"

sebenarnya tak lama pun. seyes tak akan lama. pejam celik pejam celik result SPM yg kita penat2 perah otak, penat study, akhirnya dah ada dlm tangan kita. cuma sekarang ni kita kena amalkannya dgn sebaik mungkin. 

okay. now.. the story is..

memandangkan result SPM13 jatuh pada

hari : khamis
tarikh : 20 MAC 2014
tempat : blok f , MATRI

ahli2 jawatankuasa yg berkenan seperti pengarah, timbalan pengarah, setiausaha, & yg lain2 bercadang nak buat program sebelum hari kami semua ambik result. program ni dinamakan FIFA14


memandangkan program start hari rabu. kebanyakan ramai yg bertolak hari selasa. tapi aku bertolak rabu petang. aku tak dapat join slot petang tuu. aku naik bas dari sp dlm pukul 1. sampai shahab pukul 2.30 then sampai2 shahab terus naik bas pegi kangar. ramai yg pegi awal so aku serta paksa kena pegi matri sorang2. haha. tak pa tak pa. kena berdikari right?

sampai sudah ke bumi wakafan tarbiyah yg selama ini mendidik hati, menyucikan hati aku selama 2 tahun. aku amat merindui suasana tarbiyah di situ :')

selepas asar kami ada riadah. tapi ia lebih kpd ronda2 bersama kawan2. ada yg bawak moto. masing2 berebut nak naik. comel jea tengok depa. heee.


selepas maghrib kami ada slot bersama ustaz muhtad. menceritakan tentang kembali ke madrasah Rasulullah. then lepas isya' ada slot sharing moments. lepas habis tu ada video dari Pie,Que & budak2 dari jordan. video Pie,Que tuh sedih. cerita tentang perjalanan dari form 1 sampai ke form 5. alangkah indahnya kalau aku dapat merasai indahnya tarbiyah sejak form 1... hmmm

keesokan harinya.. hari yg dinanti2kan. dup dap dup dap. Ya Allah. permudahkanlah. bagi laaa hati aku tenang ~



sebelum bermulanya majlis kami ada taklimat sikit. perkongisian dari Ustaz Omar. lepas tu kami ada penerangan dari IPTIP. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. cawangan KTD. dipegang oleh HALUAN.



selesai penerangan pasal IPTIP, tiba masanyaaaaaa. Ya Allah, debaran makin terasa. dari kepala hingga ke hujung kaki. huh. sorang2 nama disebut.

"Ainul Mardhiyah bt Jaafar"

memandangkan nama aku the 1st, aku lah org yg bertuah. haha. masa nak ambik slip keputusan tiba2 cikgu Zaiton cakap

"tahniah"
"huh?"

dapat2 slip tu terus aku keluar. nak tengok keputusan sorang2. dup dap wooi nak bukak nye pun. haha. dgn lafaz Bismillah ~

"Allahu Akbar"

patah hati. impian yg aku harapkan tak dapat aku capai ke bintang. sedihnyaa. ayaq mata aku turun dgn laju bagaikan ayaq terjun yg mengalir tanpa henti. sobs sobs. tapi aku syukur sangat tadak subjek yg aku fail. lepas dpt tau result aku, aku tak jumpa sapa2 pun. aku terus jumpa adik aku. cerita kat adik macam krik krik. tadak perasaan langsung. haha.

sedih sangat sebab kawan2 aku yg aku harapkan pujuk aku, bagi aku semangat, tadak waktu aku aku jatuh, waktu aku kecewa. mana depa? mana? hmm. it's okay. aku kan kuat :')



buat yg dapat cemerlang, mesti macamni kan gayanya :D


tapi bagi aku... bagai ingin menyendiri dari semua orang :'(

jom layan gambar kejap :)


tahniah buat semua yg berjaya. Asma, aku kagum dgn hang :')







eh ? heee



selesai sudah sesi menitiskan ayaq mata. kita kena harus wajib kena menerima seadanya. bagi yg tak peroleh kejayaan seperti yg harapkan. tak pa. orang yg tadak A ni bukan orang yg tadak masa depan kaaaan. huhu. tahniah buat semunyaaaa :)

lepas ambik result ramai yg dah balik ke pangkuan keluarga masing2. buat haluan masing2. mengisi mana satu alam IPT yg dihajati. dgn ini secara rasminya kita sudah melangkah ke alam dewasa. ke alam yg lebih jauh. harus cerahkan masa depan masing2. dgn kekuatan yg ada dlm diri hangpa sendiri. dah boleh nilai kan yg mana baik & yg mana tak baik. kena pandai pikiaq sendiri.

petang tuu aku, asma, tyah & sakinah balik ke rumah asma. sebelum tu singgah kangaq dulu. makan KFC sama2. hilangkan stress sambil meraikan kegembiraan Asma aka gemek yg disayangi atas kejayaan 10A. kiss sikit :* haha





esoknyaa aku kena balik dah. depa sanggup tunggu aku kat bus stop sampai bas datang. terima kasih hangpa. kesian kena tunggu sambil cuci mata. haha. kalau ada rezeki kita jumpa lagi yeeee :)

tunggu bas lama sangat tibalah masanya utk berselfie. haha ><



waktu aku duduk kat tgh jalan ni ada kereta lalu then org dlm tuh jerit

"woi! nak mati ka?!" haha


Asma <3
Fathiah Nabihah <3

andai ini pertemuan terakhir kita, ingin ku mengusun sepuluh jari termasuk jari kaki ingin meminta maaf kpd yg mengenali diri ini. maaf atas kekhilafan yg selama ini aku buat sama ada secara sedar atau tidak sedar. manusia byk buat silap kaan.

rasa sedih yg teramat sebab rasa tak puaih langsung jumpa kawan2. masa tersangatlah cepat. sampai ramai yg tergesa2. ada yg tak sempat nk sembang, gurau2. rasa terkilan sangat. ye laa kan, duk rumah asing2. kalau macam dulu, satu rumah. kalau sorang cerita, semua dengar. tapi bak kata pepatah ..

"jauh di mata dekat di hati"

pantas masa berlalu meninggalkan kita semua. tanpa disedari bertambahlah usia kita. potert lama masih ku simpan. ku bingkaikan kenangan hingga terkadangku menangis sendirian..

ohh perjalanan kita masih jauh. jalanan berliku bahkan kita tempuh. imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat. menempuh masa hadapan. harapanku kau kan bahagia selalu..

"Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah"

bumi tarbiyah yg akan tersemat di hati sampai hujung nyawa. sungguh bumi wakafan ini lain dari yg lain. ukhuwah yg terbina di sini amat sukar utk ditemui di luar sana. 

meski aku rasa yg diri aku ni tadak 'bestfriend' tapi aku bahagia menuntut ilmu kat sini. betul kata orang ..

"bila dah habis sekolah, nilai persahabatan akan dirasai"
"persahabatan yg terbina di asrama jauh lebih indah dari persahabatan duduk di rumah kan?"

puteri comel 19 gen, uhibbuki fillah <3
terima kasih sebab boleh terima kehadiran 'budak baru' dalam batch hangpa :D


UUM memory :)


UUM memory :)


malam graduasi


SPM is over :D



jumpa di Himega. insyaAllah :')


hasrat di hati. insyaAllah ;)