Friday, October 18, 2013

fuuhh fuuhhh. haaccuuummm! banyaknya habuk kat sini. *amikkainlap* ehem ehem. test suara. nak bagi syarahan ni. muehehe. sekian lama aku tidak mengurut tangan aku utk menaip. apabila kemalasan melanda dalam diri macam ni la jadinya. hmmm. ni pun aku curi masa sikit. almaklumlah sibuk dengan kerjaya aku sebagai seorang pelajar. ahaha. okay2 jangan tukar topik!

tujuan aku nak menaip ni ada benda nak share. sesuatu yg sangat best! pengalaman paling best and paling awesome! actually, time mula2 dulu, program aka seminar for students SPM utk tahun ni tak jadi tawuu coz result SPM tahun lepas kurang memberangsangkan. so, tahun ni pihak yg berkuasa tanak buat dah utk f5 tapi Allah nak izin ... JADI !! hoorreeeyyy *lompatsambilbuatpeace* program ni berjalan pada 4,5 & 6 oktober. 3 hari 2 malam :)

kami bertolak pagi jumaat. area2 pukul 9 dah bertolak dari matri. perjalanan dari matri ke UUM, Sintok mengambil masa 1 jam lebih. tak lah lama sangat. sedang org laen tgh mimpi sampai ke bintang, tidak pula aku. malas nak tidur. aku tadabbur alam. ceewwaaahh *ayattaklehblah* tengok jalan, tengok pokok. lama sangat stay asrama sampai terpeqak bila tengok luaq. haha. tunggu punya tunggu akhirnya tiba masanya! UNIVERSITI UTARA MALAYSIA i'm here! see me see me !

sesampainya kami di sana, terus check in bilik. satu bilik dua org. roomate aku ain kimi aka ain anizam. sebelah bilik kami asma & tyah. rancak ahh lepas ni. haha. lepas check in ada taklimat sikit. jarak bilik kami dgn dewan tak la jauh mana pun. sebelum nak mula kena tunggu semua datang dulu. sementara tunggu putera sampai kami tangkap gambaq dulu :D







then kami semua kedeqah makan. lapaq punya pasai. tak ingat dunia dah :P lepas zohor siap2 utk sesi seterusnya. seminar BI. kami pakai baju kurung. waaaaa, masing2 beautiful girl :D ada yg berjubah ramai2. rambang mata pun ada. putera ooiii. pilih jaa nak yg mana. solehah2 belaka. muahaha. cikgu yg bagi tuu Alhamdulillah kami semua paham and tnggu nak dipraktikan sajaaa. 









 lepas asar pula ada team building. maen game then team building. aku dapat kumpulan no 2. ahli2 aku best juagk. ada hazie, angel, pain, seaq, amal, zqah, mayyah, mayam, aku & najihah. kena bincang nama kumpulan. kumpulan aku nama 'FLYING STUDETNS'. as usual mesti kami akan tangkap gambar. tak kira la kat mana pun. hahah. sebelah malam pula ada seminar SJ. paham tuu paham tapi cikgu dia macam garang. aku tak fokus sangat sebab aku tidoq. hihihi.



acara kemuncak & penat tapi seronok berlaku hari sabtu! dalam pukul 8 pagi lebih tuu kami bertolak pegi pusat sukan. UUM ni bukannya selangkah dua langkah. kena beribu2 langkah and so kena naek bas lah! sesampainya kami di sana, hujan turun dgn lebatnya. kami pun lari dgn sekuat hati pegi tempat memanah. best lari dalam hujan. sambil jerit and pegang tgn kawan. hilang segala beban dalam jiwa. hahah. dengar taklimat tentang memanah oleh coach memanah tuu. nama dia Wing Chun. tiba2 hujan dah reda sikit. boleh la kami memanah dgn tenang :) waktu nak tembak kena sasaran tuu, Alhamdulillah kena jugak yg kuning tuu. ada yg sampai terlepas sampai hujung dunia macam2 laa. lepas tuu macam biasa, tangkap gambaq dgn coach tuu :D





lepas kami memanah, kena tukaq dgn putera. time kami memanah depa explorace. time depa pulak nak memanah kami pulak yg explorace. ada 5 checkpoint. kump aku tak sempat lagi dua checkpoint. masa singkat sangat. huhu. tak pa lahh. checkpoint first kena buat karangan BI. checkpoint second kena teka apa yg kwn kita lukis. aku laa yg kena teka sebab aku ni tak pandai nak melukis. org lidi jaa aku reti. haha. gambaq betulnya badak sumbu tapi depa pi lukis kucing. salah laaa. kak fasi tuu cerita kump putera ada yg first dia apa entah pastu jadi nyamuk pastu org depan sekali tuu teka tau dak apa? syampu. haha. pelik kan? itulah yg dinamakan SENI :D lepas maen game tuu kami kena tangkap gambaq lompat. haha. comel2 jaaa semua :D next checkpoint kena nasyid lagu arab. pasal burung merpati. ahaha. comel jaa nasyid dia. checkpoint last kena lari atas ketul2 tuuu. tempat refleksologi. Ya Allah, sakit tak terhingga :( aku rasa macam nak campak ja kaki ni. then habis laaa. kami kena bertolak balik.

lepas zohor ada seminar MT. semua seminar yg ada kat sini paham2 belaka lah. tak tau nak olah gena deh. aduuhh. lepas asar kami tadak apa2. just rest. malam pulak ada forum & persembahan. sebelum forum start ada persembahan oleh f5 putera. eh eh, ada crush aku pulak :P selamba jaa depa. macam tak maluu. haha. tapi best :D lepas tuu ada forum. best jugak. lepas forum tuuu depa tunjuk video. eh eh, ada crush aku jugak. waaaa. muahaha :DD video for students SPM only. haha. lawak pun ada. even simple tapi best. lepas tgk video tuu kami makan kambing barbeque. nyum nyum. sedap sangat hingga menjilat jari

hmmm. dah hari ahad. sedihnyaaa :( majlis penutup start pukul 11. lepas semua yg berkenaan berucap, ada tunjuk video KAMI SEMUA! waaaaaaaaa. sedihnyaaaa. bila pulak kami nak jadi macam ni. sob sob *laphingus* lepas zohor kami semua kena pulang di pangkuan warden masing2. tapi sebelum balik tuu kami singgah mall & expo. pergghhh. mall tuu dah la kecik. jalan sebelah2 jaa. terserempak dgn crush aku. buat2 tak kenal *malu* lepas jalan2 semua, kami dipaksa balik. oohhh nooo! UUM don't let me go *tarikbangunanuum* hahaha. buat teruk paaa.


okay okay. that's all from me. amacam my story? awesome dak? haha. tak lha seawesome story hampa2 kan. hmm. it's okay. just nak share for youalls. mata dah panda ni. sejam aku menaip. fuhhh. i think, this my last entry. SPM datang tanpa di duga u know. aku pun tak tau pasaipa. nak tolak tak boleh. hmmm. apa2 pun, sorry for everthing i do. doa2kan lah aku ni yea.